Monday, 10 April 2017

Jadikan Pengalaman Saya Sebagai Panduan Untuk Melawat Langkawi SkyCab (Cable Car)

Hai salam sejahtera untuk semua pembaca blog saya. Siapa yang duduk Malaysia tapi belum pernah sekalipun jejakkan kaki ke Pulau Langkawi? Haaa..mungkin awak awak yang tengah baca entri ni la kot. Hehehehe. Untuk entri kali ni saya nak berkongsi pengalaman saya yang sudah beberapa kali ke Langkawi Cable Car ni.


Boleh dikatakan Langkawi SkyCab ni adalah destinasi wajib bagi sesiapa yang mengunjungi Langkawi. So dari sudut positif, lokasi ni menyediakan pelbagai tarikan menarik dalam satu kawasan. Kalau nak merasa semua tarikan yang ada memang ambil masa dari pagi sampai ke petang la jawabnya. So perancangan yang betul nak melawat sini amat kritikal atau pengalaman anda ke sini menjadi memori yang tak beberapa nak best. hahaha.

Sila maklum bahawa Langkawi SkyCab ada yearly maintenance closure selama lebih seminggu. Sebelum nak book tarikh cuti tu make sure bila penutupan SkyCab ni melalui laman rasmi mereka www.panoramalangkawi.com. Nanti tak pasal-pasal berputih mata datang jauh-jauh tapi tak dapat naikl cable car. Hihihi

First thing first, apa yang ada kat Langkawi SkyCab ni? Ketika entri ni ditulis, lokasi ni menawarkan tarikan:
  1. SkyCab
  2. SkyDome
  3. SkyRex
  4. SkyBridge
  5. SkyGlide
  6. SkyBistro (free entry)
  7. SkyBoutique (free entry)
  8. SkyTrail
  9. SkyPos (free entry)
  10. 6D Cinemotion
  11. F1 Simulator
  12. Lake Activity (free entry)
  13. 3D Art Langkawi
  14. Galeri Produk Langkawi (free entry)
  15. One Stop Centre
  16. Sky Adventure Park
  17. Time Travel
So nampak tak betapa banyaknya tarikan yang anda boleh lawat kat sini. So jom kita lihat apa tips penting untuk menjadikan pengalaman melawat Sky Cab ni benar benar menarik.

Tips Pertama - Decide bila tarikh nak datang sini

Ni haa nak bagitau anda semua, ikut pengalaman saya la kan. tempat ni paling tak best kalau anda lawat ketika cuti sekolah terutamanya weekend. Saya pernah pergi weekdays dan weekend. Weekdays bukan cuti sekolah cuma ambil masa 2 minit je beratur sebelum dapat naik gondola tapi kalau waktu cuti sekolah dan weekend boleh ambil masa sehingga 2jam start dari anda beli tiket sampai giliran anda nak naik gondola. Jangan berangan ingat 2 jam sebelum giliran tu anda boleh merayau-rayau nak lawat tempat lain. 2jam tu anda kena beratur berdiri. hahaha. So anda decide sendiri ;-b

Tips Kedua - Decide berapa lama masa nak spend masa kat sini.

Pengurusan masa yang bijak membolehkan anda mengoptimumkan hasil lawatan anda ke Langkawi. Ikut pengalaman saya yang biasanya bercuti 3 hari 2 malam ke Langkawi ni, saya allocate cuma 3 jam sahaja untuk Langkawi SkyCab ni.

Tips Ketiga - Decide berapa bajet nak spend kat sini.

Selain harga tiket, anda juga perlu sediakan bajet untuk makan kat sini. 3jam kat sini confirm haus lapar. Normally saya bajet RM100 satu kepala kat sini.Harga tiket dan makanan boleh check kat sini. Mahal woo ;-b

Tips Keempat - Decide nak lawat mana.

Bagi saya la kan, falsafah saya melancong mudah je. Saya nak lihat apa yang tak ada kat tempat sendiri. So kalau saya datang sini, saya cuma ambil pakej SkyCab + 3D Art Muzeum je. Benda lain yang ada kat tempat lain saya taknak buang masa nak naik seperti 6D Cinemotion tu. Sila maklum bahawa kalau beli tiket SkyCab secara automatik anda boleh lawat SkyDome dan SkyRex. Dua-dua saya dah lawat dan saya tak suka sebab mabuk. kuikuikui. Biasanya saya skip 2 tempat ni.

SkyBridge kini sudah dibuka untuk umum. Frankly speeking saya belum pernah naik SkyBridge ni walaupun dah datang berkali-kali. Ada je aral melintang. Last datang belum sempat naik tiba-tiba hujan lebat. Takkan la nak buat drama Hisdustan atas Skybridge tu kan nak redah hujan. So maybe next time.

Tips kelima - Ambil gambar sebanyak mungkin

Takda yang lebih bermakna kalau bercuti seandainya anda tak ambil gambar dan video sebanyak mungkin untuk disimpan sebagai kenangan. Tempat ni boleh dikatakan cepat berubah dengan pembaharuan setiap tahun. Mungkin lawatan anda pada masa akan datang landskap tempat ni sedikit berubah, siapa tahu?

So jom saksikan sebahagian koleksi gambar-gambar yang saya rakam di sini yang saya simpan sebagai kenangan. :-)

Febuari 2014 (Awal pagi, weekdays)

Tak ramai orang langsung
Satu gondola boleh naik berdua je


Januari 2015 (tengahari, weekdays)

Sedang renovate

Ogos 2016 (weekend, tengahari)

Dari tingkat bawah dah start kena Q
Dinosour yang bergerak dan keluarkan bunyi
Laluan ke SKyBridge dinamakan SkyTrail. Tak free der
Cuba teka harga dia...




Coretan ni cuma sebagai guideline untuk anda merancang percutian anda ke sini. Anda bebas untuk memilih. Mungkin anda nak try buggy ride kat Sky Advanture Park atau ingin mengalami pengalaman bermain simulator F1, ianya pilihan anda! So enjoy your holiday. See ya ;-)

No comments:

Post a Comment